Sabtu, 1 November 2014

Maklum Balas Pelanggan

Di sini kami paparkan maklum balas para pelanggan kami tentang produk Sya Collection bagi meyakinkan para pengunjung tentang produk dan perkhidmatan yang kami berikan...

In shaa Allah selagi termampu kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan sebaiknya dan menghantar parcel secepat mungkin..

Kami mencari rezeki di jalan yang halal.. Moga Allah redha dan merahmati usaha kami ini kerana kami percaya "Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan"..

Terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan kepada Sya Collection....
Ini respon terhadap SARUNG LENGAN (HANDSOCK) SYA COLLECTION...


Terima kasih Haznina kerana mempercayai kami dan sudi membeli produk Sya Collection..
Selepas membeli handsock, Haznina telah membeli Wide Shawl Cotton...

Saya jual, awak beli,
Terima kasih daun keladi....

 Lagi respon terhadap SARUNG LENGAN (HANDSOCK) SYA COLLECTION...


Adik manis ini teruja menerima parcel sampai lupa beritahu parcel dah sampai..

Tak apa.. Yang penting bagi kami kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami..

Saya gembira, adik teruja,
Parcel diterima, pakailah dengan selesa...

Terima kasih banyak-banyak...

 Ini pula respon terhadap TUDUNG DUA LAPIS..


Alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan jenis kain yang lembut dan cantik.. Terima kasih adik kerana sudi membeli produk Sya Collection.

Tudung  dipakai cantik bergaya,
Adik suka akak bertambahlah gembira...

Ini pula pelanggan yang bertuah kerana beli handsock dapat percuma
Tudung Akasia Bidang 60..


Apa tunggu lagi?? mungkin anda pula orang yang seterusnya bertuah...

Kakak manis ini sentiasa beli dalam kuantiti yang banyak dan sering repeat order...
Terima kasih kakak kerana percaya dengan Sya Collection...

Kakak terpilih mendapat hadiah,
Moga hidup akak diberkati Allah...

Ini pula sahabat saya yang teringin nak makan SYA HOME MADE COOKIES..
Jadi, kami hantarkan cookies ke negeri Che Siti Wan Kembang....

 

Terima kasih, sahabat... Moga hilang kempunan bila dah makan cookies nanti.. Kalau kempunan   lagi jangan lupa tempah yang lain... :)

Cookies dihantar ke Kelantan,
Khas untuk sahabat yang kempunan...

Respon seterusnya daripada adik manis ini tentang
SARUNG LENGAN (HANDSOCK) SYA COLLECTION..


Adik ini pula lain kisahnya, belum buat pembayaran parcel dah sampai depan rumah... Rezeki adik ya akk baik hati poskan dulu.. Yang lain kena bayar dulu...

Terima kasih, adik.. Perkenalan yang sangat indah.. Adik ni selalu request handsock warna merah cili tetapi masih belum jumpa kain yang cantik.. Maaf adikku.. In shaa Allah jika ada adiklah orang pertama yang memakainya... :)

Adik ini peminat warna merah cili,
Sayangnya permintaan adik tak dapat dipenuhi...

Sorang lagi pelanggan yang bertuah kerana beli 
SARUNG LENGAN (HANDSOCK) SYA COLLECTION 
dapat percuma SYA HOME MADE COOKIES...


Alhamdulillah kebetulan tempahan masuk waktu tengah buat cookies. Langkah kananlah pelanggan ini..

Terima kasih ya beli handsock kami..

Cookies diberi sebagai hadiah,
Sudah rasa bila mau tempah...hehehe...

Respon daripada para sahabat selepas makan SYA HOME MADE COOKIES
pada majlis makan malam kami...


Alhamdulillah, lega bila kawan-kawan suka...

Cookies kami memang sedap,
Jadi belilah untuk dihadap...hehhehe

Respon terhadap TUDUNG SYA COLLECTION...


Alhamdulillah, bersyukur pelanggan puas hati.. Semoga adik tak serik untuk membeli-belah dengan Sya Collection lagi.

Kakak jual, adik beli,
Semoga tampil cantik raya nanti..